Ahad, 8 Februari 2009

Tanah Tok Ketua

Ada satu lagi alkisah. Alkisah ini pulak berkisar tentang tanah. Maka Tok Ketua pun maklumkanlah kepada anak buah satu mesyuarat besar akan diadakan. Mesyuarat ini penting tentang nak pilih ketua bawahan dan atasan. Maka semua anak buah pun hadir, tapi tak semua. Sebabnya tak semua jadi suku sakat Tok Ketua. Tok ketua bisik-bisik kepada anak buah yang orang atasan nak dipilih mestilah orang yang Tok Ketua suka. Yang Tok Ketua tak suka jangan pilih. Anak buah pandai ugut. Nak ikut cakap Tok Ketua, kena bagi lah sesuatu.

Tok Ketua dengan tergesa-gesa edar borang meiliki tanah kat desa ini. Peliknya pengampu Tok Ketua aje yang dapat. Anak buah lain, maaf “ sold out “. Maka berkatalah salah seorang orang kampung ini kepada orangulu. Kenapa bagi pada orang deme aje? Jawab orangulu, kampung ini kan Tok Ketua punya. Ikut dia lah nak bagi sape-sape. Orang tu tak puas hati. Orangulu menasihatkan orang ini, sabarlah je la. Dalam hati orangulu pun bermonolog, ini lah cara kerja dari parti keris.Nabi pun ada berkata, tanda dunia akhir zaman ialah apabila mengambil orang jahil sebagai pemerintah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan