Khamis, 5 Februari 2009

Seloka PR dan BN


Seloka PR dan BN
Bila PR memerintah, BN rasa menanah,
Bila BN merampas, PR kata macam Zionis,
Bila berlaku peralihan kuasa PR memang takkan merasa,
BN rampas dengan kemas, PR akan merasa lemas,
MB Nizar nampak steady, BN nampak macam moody,
PR nampak memang gelabah bila BN macam lelabah,
PR perintah dah memang ok, Cuma BN nak lawan tokey,
Rakyat pilih ADUN PR, BN rampas macam kelawar,
Jadi kataklah ADUN Jelapang, memang dia nak kena lempang,
ADUN Behrang si katak puru, BN mengejar macam peluru,
ADUN Cangkat suka meniru, maklum kes dia orang dah tahu,
Zamry dicanang pengganti Nizar, rakyat menanti penuh sabar.
PR sedih gundah gulana, BN senyum hingga ke telinga,
PR sedia jadi pembangkang, senyumlah BN tidaklah lekang…

5 ulasan:

  1. bERANIKAN hATI said...

    Adik Orng Ulu,
    Ketika adun bota lompat ke pkr apa kata Nik Aziz? Kenapa bila lompat ke BN jadi sebaliknya? Kenapa kena ada dua hukum untuk satu perkara yang sama? Lompat ke pkr - HALAL, lompat ke bn - HARAM?? - kalau gitu, ini memang HARAM JADAH punya peraturan. Sedarlah dan jangan tertipu dalam politik yang mengeliruklan.

    Politik mampu kelirukan yang bijak dan menipu yang BODOH.

    BalasPadam
  2. Masa PR sibeuk nak ambil alih negara pada 16 Sept 2008, apa kata PM. Katak Lompat ini ialah pengkhianat. Tapi kini katak lompat ada 3 ekor kat Perak. Dia bukan pengkhianat tapi "hero" kepada BN. Poooraaah...

    BalasPadam
  3. Betul..betul katamu itu org ulu. 100% setuju. Politik mampu kelirukan yang bijak dan menipu yang BODOH. Sape yg bodoh? Tanyalah diri.

    BalasPadam
  4. Sdr sorang yg kreatif. Kadang2, molek dan cantik benar kalau kita membaca sesuatu isu dengan gaya bahasa yg lain. Baru segar minda. Tahniah buat anda.

    BalasPadam
  5. leh tahan seloka ni...bleh buat modal pilihanraya manik urai plak....congrates..

    BalasPadam