Selasa, 3 Februari 2009

POLITIK OH POLITIK


Aku sebenarnya malas sangat nak ulas pasal politik ni. Tapi oleh kerana politik ni menjadi medan hangat perbincangan, maka aku pun joint sama la. Aku melihat politik Perak seolah-olah macam ada tak kena. Apa ke tidaknya, Pakatan Rakyat yang menjadi pemerintah sejak Mac tahun lepas nampak macam goyah dek kerana simple majoriti yang mereka terima. Masalah bagi simple majoriti ialah mudah goyah ibarat pohon nyiur yang muda dan belum matang, datang pula si "buldozer" yang cuba kacau dan buat kacau. BN dilihat sememangnya akan cuba sedaya upaya agar Perak dikembalikan kepada mereka. Walau apa cara sekalipun samada ikut jalan depan ( melalui proses pilihanraya ) atau jalan belakang ( pujuk wakil rakyat ). Hari ini kita melihat 2 orang wakil rakyat merangkap exco main "silap mata". Kejap-kejap lompat, kejap-kejap letak jawatan, kejap karang tak jadi lak!!!. Persoalannya, siapa yang rugi?. Rakyat mahukan pembangunan, perhatian dan khidmat wakil rakyat yang mereka pilih. Wakil rakyat yang tidak iltizam ini perlu "difikirkan" oleh rakyat.Ketua partipun satu hal. Pilihlah calon-calon yang mempunyai kriteria wakil rakyat yang iltizam, bukan wakil rakyat yang mewakilkan orang lain buat "press conference">

Tiada ulasan:

Catat Ulasan