Selasa, 3 Februari 2009

LAGI HARU...


Lagi haru... apa tidaknya. Lagi-lagi Tadika KEMAS ditutup.Apa ceritani? Mula-mula Perak, Kemudian Selangor, selepas itu Kedah dan terbaru Pulau Pinang.Pada aku la, kalau nak buat tadika ke, tabika ke atau mana-mana kelas pra sekolah, eloklah buat di premis sendiri. Kita ambil contoh PAS, Pasti dijalankan pembelajarannya di premisnya sendiri, bukan di premis dimiliki oleh kerajaan. Soalnya apabila ada mana-mana parti pemerintah yang telah lama sangat berakar umbi di sesebuah negeri, maka bangunan kerajaan seolah-olah menjadi milik parti mereka. Inilah masalahnya bagi hampir semua negeri dahulunya milik BN. Sekarang bilamana BN menjadi minoriti, maka premis kerajaan harus dikembalikan kepada kerajaan. Kendatipun, Pakatan Rakyat haruslah memberi peluang dan ruang masa secukupnya kepada BN untuk membina bangunannya sendiri untuk menjalankan aktiviti pra sekolahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan