Rabu, 4 Februari 2009

Perak yang Perak(baca e sebagai e-tanda)


Aku pelik dan aku hairan. Bagaimana ada orang dah ludah kendian sanggup jilat semula ludahnya. Mana tidaknya. Kejap lompat, kejap undur. Macam katak puru daaa. Aku hairan dan aku pelik. Ada orang yang dan diberi jawatan, amanah dan tanggungjawab sanggup menggadaikan maruah dengan melompat parti. Aku tidak pelik dan tidak hairan sekiranya yang jadi katak ni AJK Parti kampung ke, cawangan ke atau baru-baru nak berjinak-jinak berpolitik. Tapi yang jadi katak ni orang yang lama berpolitik. Kalau nak kata buku perlembagaan parti tu, agaknya dah hafal. Ini yang aku pelik. Dah lah tu... tentu orang atas parti pilih deme ni dengan penuh hati-hati. Tentu yang kuat mental dan fizikal, bukan orang katak. Jadi siapa salah ? Orang atasan partike? Pengundi ke? Atau Si Katak tu ke?Kalaulah ada Tan Sri P Ramlee, tentu dia akan kata"mati dalam iman..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan