Ahad, 8 Februari 2009

Surat Terbuka Untuk YB


Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada YB MB yang telah terpilih menerajui negeri bijih timah. Saya amat kagum dengan YB yang mempunyai kredibiliti . Kemelut siasah di negeri bijih timah nampaknya terus tercalar. YB perlu terus tabah menghadapi krisis ini. Saya melihat kemelut siasah ini daripada pelbagai sudut.
1. Kaedah pengambilan pemerintahan dari MB lama kepada YB walaupun dengan susah payah, namun telah terlaksana. Malangnya Mb lama dengan rakan-rakannya enggan menerima. Maka terjadilah apa yang dinamakan demontrasi menentang sultan dan YB.Saya berpendapat sekiranya YB dengan semua rakan dalam parti YB dapat bersabar dengan menunggu sidang ADUN maka ini takkan terjadi. YB serta semua ADUN YB boleh mengemukakan undi tak percaya kepada MB. Kesannya MB bersama exco yang terlucut jawatan secara lebih terhormat. Apabila YB dengan rakan YB seolah-olah tidak sabar untuk memerintah tatkala ada 3 orang ADUN berpindah berpihak kepada YB, maka YB dengan rakan-rakan YB seolah terdesak ingin memerintah negeri bijih timah. Akhirnya rakyat mula marah. Mungkin YB boleh mententeramkan mereka, namun sebahagian besar rakyat “bijih timah” sebenarnya telah memberi mandat kepada “mantan” MB dan sekutunya dalam PRU12.
2. Tindakan demonstrasi oleh pihak tertentu merupakan tindakan kurang cerdik. Manakan semut boleh melawan gajah. Bagaimanapun sejarah telah mengukir bahawa rakyat pernah menderhaka kepada Tuannya. Misalnya kisah Si Jebat. Kemudian kita tahu kisah Laksaman Bentan yang menderhaka sehingga menyebabkan kemangkatan Sultan Mahmud. Kisah di negeri bijih timah pada pendapat saya siapa yang harus dipersalahkan? Sultan? Mantan MB?YB?Atau pihak keselamatan? Kalaulah YB dapat bersabar seperti yang saya nyatakan di atas, harus mungkin rakyat boleh menerima pelucutan jawatan secara lebih terhormat berbanding dengan kaedah yang YB buat sekarang. Takkan berlaku demonstrasi atau sikap hilang hormat kepada sultan. Saya tetap berpegang teguh dengan slogan “ Daulat Tuanku”.
3. YB kini mempunyai masalah nilai. YB dan Adun YB bukan pilihan rakyat teramai. Semua sedia maklum bahawa YB dan parti YB memperoleh undi dalam PRU12 sebanyak 48% sedangkan Mantan MB bersama sekutunya memperoleh 52%. Kawasan 3 ADUN katak itu pun milik “Mantan MB”. YB dan rakan YB tentu tak mahu PRK diadakan di 3 kawasan ADUN Katak memandangkan jumlah undi yang ADUN tersebut terima masa PRU12 besar. Maka besar kemungkinan jika diadakan PRK, parti YB akan kecundang, ditambah jika dicalonkan ADUN katak itu mewakili parti YB. Jadi tugas YB memang bukan mudah. Mengembalikan keyakinan rakyat terutama kepada penentang YB. Manalah tahu, PRU13, Yb dan rakan YB memperolehi jumlah undi yang besar. Mudahlah YB mengekalkan status quo YB.
Apa pun saya berpendapat, senario siasah di negeri YB sebenarnya meruncing. Tugas menjadi YB MB bukan mudah semudah bicara terkeluar dari bibir. Harap YB memerintah negeri YB dengan penuh dedikasi, tanpa emosi, adil, saksama dan nyah rasuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan