Isnin, 9 Februari 2009

Hari Paling Bosan


Hari ni merupakan hari paling bosan bagi aku. Apa tidaknya, sejak malam tadi aku terpaksa tidur sendirian. Mak Andeh aku pergi kursus kat Resort di Pantai Timur. Kata dia balik Rabu ni. Bolehtak deme semua bayangkan bila sendirian? Bosan dan boring la jawabnya. Termujur ada 3 orang lain lagi dalam rumah aku. Pertama mak mertua yang aku bela and jaga sejak aku bernikah dengan Mak Andeh aku. Kira-kira dah 18 tahun aku menabur bakti pada mak mertua aku, apatah lagi selepas ayah mertua aku menemui Ilahi kira-kira 4 tahun lalu. Anak sulung aku sedang tunggu keputusan SPM manakala anak bongsu aku yang manja ni darjah 2. Dialah penyeri keluarga aku. 3 orang lagi anak aku tinggal di SBP. Jarang balik. Bila balik, deme taulah... Riuh rendah rumah aku.

Pagi tadi aku ke ofis, bukan nak kerja tapi nak siapkan beberapa dokumen yang belum siap. Aku kena bawa budak-buak aku ke gelanggang badminton. Deme nak main sangat. Walaupun tak menang, aku bangga kerana " tak malu " boleh gak bersaing dengan bangsa "Chin" dan "Ming".Apa yang menarik di sini ialah kami bermain di dewan sekolah deme yang " fulamak " punyalah beso.. Deme nak tahu ? Hampir separuh padang sekolah dewan deme. Aku bermonolog dalam hati, orang bangsa akulah... nak bawa RM1 setiap kali solat Jumaat pun "sakit". Tapi bangsa Ming ni, buat dewan beso-beso bukan guna duit kerajaan, tapi duit ibu bapa dan kontraktor yang deme minta derma. Aku kagum dengan deme, tak macam bangsa aku yang diperodok dengan subsidi ( macam cerita ayam kampung aku ).Kendian cantas dan cah keting ( pinjam kata-kata orang Kelantan ).

Cerita pasal mak mertua ni, kata Mak Andeh aku yang petang Rabu ke Kelas Fardhu Ain, baiknya kita jaga orang tua ialah Allah akan permudahkan rezeki kita. Walaupun mak mertua aku bukanlah mak mertua yang genuine tapi aku bangga jaga dia. Mengapa lak bukan genuine? Sebenarnya aku dan Mak Andeh aku merupakan anak angkat yang diangkat oleh keluarga angkat sejak kami dilahirkan. Nasib kami dijodohkan yang sama-sama anak angkat. Sedih pun ada, suka pun ada dan macam-macam... Nanti aku cerita dalam sehari dua bila bosan aku dah hilang.

Tengahari tadi aku dihubungi oleh makcik yang pernah aku ceritakan pasal ayam kampung dan tanah Tok Ketua. Kali ini dia minta tolong aku rekomenkan anaknya nak buat praktikal di tempat kerja aku. Aku kata Insyaallah, nanti aku kabo ke bos aku. Aku tak leh lah buat keputusan kerana ada bos yang jaga tempat kerja aku, tapi biasanya yang baik bos ok je... Aku kesian kat makcik tu, sebab aku tanya kenapa tak praktikal tempat kerja ayahnya(ayah budak ni pengawal keselamatan )aku terkejut bila dia kata suaminya telah diberhentikan oleh majikannya. Aku sedih gak pada makcik ni. Beliau baik juga orangnya, tapi banyak sangat onar dalam dunia. Insyaallah, makcik aku tolonglah...

Nak cerita tolong orang, aku selalu sangat tolong orang. Rekomen kerja kat orang la, tolong menaip surat lah dan banyak lagi. Aku percaya kata-kata Mak Andeh aku, tolong orang tanpa mengharap balasan, Allah akan balas. Deme percaya ke??? Aku percaya sebab aku kerja dah 15 tahun, kini aku memiliki sebuah rumah yang bertaraf banglo, dua buah kereta dan beberapa keping tanah kebun. Semuanya hasil aku dan Mak Andeh aku kerja, Thank You Allah. Dalam cuti sekolah baru-baru ni aku menjelajah ke sebelah utara kira-kira 1 minggu bawa anak-anak berjalan. Aku dan Mak Andeh berhabis kira-kira 5 ribu. Aku tak kisah sebab anak-anak aku semuanya berjaya dan dengar kata. Tak ada masalah disiplin dan solat 5 waktu cukup. Sebab tulah Mak Andeh aku kata 2 tahun sekali kita bawa anak-anak berjalan tengok Malaysia. Aku ok je... Driving mak oii 1 orang bawa samapai Penang, Kuala Perlis, Taping baru balik rumah.Adalah 3 ribu KM...Aku sempat ziarah member lama kat Permatang Pauh. Dia baik orangnya. Aku pelawa dia ke rumah aku. Tup,tup tak berapa lama lepas tu dia datang ke rumah aku. Walaupun tak bermalam aku gembira. Deme nak tau apa dia kata? Rumah hang dah taraf wakil rakyat... Aku kembalikan pujiannya ke Ilahi. Boleh buat ceramah kata dia. Maaf aku minat politik, tapi ceramah-ceramah kat rumah aku 'kureng'.Nanti aku cerita hal anak angkat... Boleh buat novel...

3 ulasan:

  1. Beginilah hidup.. Hidup kita berkaitan rapat dgn org yg ada di sekitar kita.

    BalasPadam
  2. Org Ulu,
    no worries! there's a nice posting on you in che det's blog... thanks for visiting mine too.

    salam.

    BalasPadam
  3. Link to http://amkeadilanphg.blogspot.com/ boleh tak...tak minat politik pun tak apa....tapi tahu apa yang berlaku dikeliling kita

    BalasPadam