Rabu, 4 Februari 2009

Perak yang Perak(baca e sebagai e-tanda)


Aku pelik dan aku hairan. Bagaimana ada orang dah ludah kendian sanggup jilat semula ludahnya. Mana tidaknya. Kejap lompat, kejap undur. Macam katak puru daaa. Aku hairan dan aku pelik. Ada orang yang dan diberi jawatan, amanah dan tanggungjawab sanggup menggadaikan maruah dengan melompat parti. Aku tidak pelik dan tidak hairan sekiranya yang jadi katak ni AJK Parti kampung ke, cawangan ke atau baru-baru nak berjinak-jinak berpolitik. Tapi yang jadi katak ni orang yang lama berpolitik. Kalau nak kata buku perlembagaan parti tu, agaknya dah hafal. Ini yang aku pelik. Dah lah tu... tentu orang atas parti pilih deme ni dengan penuh hati-hati. Tentu yang kuat mental dan fizikal, bukan orang katak. Jadi siapa salah ? Orang atasan partike? Pengundi ke? Atau Si Katak tu ke?Kalaulah ada Tan Sri P Ramlee, tentu dia akan kata"mati dalam iman..."

Perak...


Baru kejap tadi aku menonton tv manstrem yang mengetakan MB Perak isytihar DUN Perak bubar. Oelklah tu jika memerintah dengan simple majoriti. kemudian ada pula ADUN yang tak setia dengan partinya. Nak tak nak MB kena buat sesuatu demi menjaga maruah mereka selain kembalikan mandat kepada rakyat. Kalau jadi nanti nampaknya belum tengok anak bulan, Perak dah raya dulu. Persoalannya siapa yang rugi??? Pertama ialah wang rakyat melalui SPR yang bakal digunakan untuk urus pilihanraya. Kedua wang rakyat yang bakal digula-gula dan dijanjikan oleh pihak tertentu khusus untuk menarik undi rakyat. Maklum, nak memerintah. Ketiga ialah pemerintah sedia ada. Baru nak "bermesra" dengan rakyat kini dah jadi 0 - 0. Siapa menang belum tahu. Rakyat kena fikir semula tentang siapa layak memerintah dengan jujur dan adil, bukan parti beli-belian ataupun parti gula-gulaan.

Selasa, 3 Februari 2009

APA HAL LAGI NI...

Berita yang diterima yang empunya cerita dari tv manstrem mengatakan yang exco merangkap ADUN dari negeri Jelapang Padi ada hal lak dengan pompuan. Ada anak luar nikah lak tu !!! Astaghfirullah... Yek ke ni?. Kalau betul, buktikan dan MB Ustaz tu kena buat sesuatu. Kalau nak perintah negeri tu, kenalah cari ADUN yang berwibawa dan beretika. Bukan ADUN yang menconteng arang ke muka MB. Kalau cerita tak betul, nampaknya ada orang ketiga nak buat kecoh di negeri tu...

LAGI HARU...


Lagi haru... apa tidaknya. Lagi-lagi Tadika KEMAS ditutup.Apa ceritani? Mula-mula Perak, Kemudian Selangor, selepas itu Kedah dan terbaru Pulau Pinang.Pada aku la, kalau nak buat tadika ke, tabika ke atau mana-mana kelas pra sekolah, eloklah buat di premis sendiri. Kita ambil contoh PAS, Pasti dijalankan pembelajarannya di premisnya sendiri, bukan di premis dimiliki oleh kerajaan. Soalnya apabila ada mana-mana parti pemerintah yang telah lama sangat berakar umbi di sesebuah negeri, maka bangunan kerajaan seolah-olah menjadi milik parti mereka. Inilah masalahnya bagi hampir semua negeri dahulunya milik BN. Sekarang bilamana BN menjadi minoriti, maka premis kerajaan harus dikembalikan kepada kerajaan. Kendatipun, Pakatan Rakyat haruslah memberi peluang dan ruang masa secukupnya kepada BN untuk membina bangunannya sendiri untuk menjalankan aktiviti pra sekolahnya.

POLITIK OH POLITIK


Aku sebenarnya malas sangat nak ulas pasal politik ni. Tapi oleh kerana politik ni menjadi medan hangat perbincangan, maka aku pun joint sama la. Aku melihat politik Perak seolah-olah macam ada tak kena. Apa ke tidaknya, Pakatan Rakyat yang menjadi pemerintah sejak Mac tahun lepas nampak macam goyah dek kerana simple majoriti yang mereka terima. Masalah bagi simple majoriti ialah mudah goyah ibarat pohon nyiur yang muda dan belum matang, datang pula si "buldozer" yang cuba kacau dan buat kacau. BN dilihat sememangnya akan cuba sedaya upaya agar Perak dikembalikan kepada mereka. Walau apa cara sekalipun samada ikut jalan depan ( melalui proses pilihanraya ) atau jalan belakang ( pujuk wakil rakyat ). Hari ini kita melihat 2 orang wakil rakyat merangkap exco main "silap mata". Kejap-kejap lompat, kejap-kejap letak jawatan, kejap karang tak jadi lak!!!. Persoalannya, siapa yang rugi?. Rakyat mahukan pembangunan, perhatian dan khidmat wakil rakyat yang mereka pilih. Wakil rakyat yang tidak iltizam ini perlu "difikirkan" oleh rakyat.Ketua partipun satu hal. Pilihlah calon-calon yang mempunyai kriteria wakil rakyat yang iltizam, bukan wakil rakyat yang mewakilkan orang lain buat "press conference">